Lampiran
Lampiran C: Penyelesaian Masalah
Masalah lazim dan cara menyelesaikannya.

Masalah umum
| Masalah | Penyelesaian |
|---|---|
| AI memberi jawapan tidak tepat | Tambah konteks dan minta sumber. Sahkan fakta sebelum guna. |
| AI menjawab dalam Bahasa Inggeris | Tegaskan: 'Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.' |
| Hasil terlalu panjang | Tambah: 'Pendekkan kepada [X] patah perkataan.' |
| Nada tidak sesuai | Tukar gaya: 'Tulis semula dengan nada lebih santai/rasmi.' |
Masalah imej
| Masalah | Penyelesaian |
|---|---|
| Teks pada imej salah eja | Hasilkan tanpa teks. Tambah teks di Canva. |
| Wajah/tangan kelihatan pelik | Pandangan lebih jauh. Elak rapat pada tangan. |
| Warna tidak konsisten | Cipta palet warna tetap dalam Canva Brand Kit. |
| Imej terlalu sibuk | Tambah 'bersih, minimum, ruang kosong'. |
Masalah audio & video
| Masalah | Penyelesaian |
|---|---|
| Avatar HeyGen sebut nama salah | Tukar ejaan kepada fonetik dalam skrip. |
| Suara ElevenLabs terlalu monoton | Tambah tanda baca, koma untuk jeda. Tulis nombor dalam perkataan. |
| Subjek video bergerak pelik | Ringkaskan aksi. Satu aksi mudah sahaja. |
| Klip video terlalu pendek | Jana beberapa klip, sambungkan di CapCut. |
Masalah suntingan
| Masalah | Penyelesaian |
|---|---|
| Video kabur selepas eksport | Eksport semula pada kualiti 1080p. |
| Muzik terlalu kuat | Turunkan kelantangan muzik ke 20-30% di CapCut. |
| Sari kata salah ejaan | Semak manual setiap baris auto-caption. |
| Video terlalu panjang | Pendekkan ke 45-60 saat untuk media sosial. |